MyNiceSpace.comJumaat lalu aku ke Kemaman, niat di hati untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran armera.
Nak dijadikan cerita, Sebelum kesana aku tempah kek..black forest, kegemaran aku..dalam hujan tu aku gi cari kek ngan amie, dah lah lebat parking kete macam gengster jer, redah je mana muat dengan kancil kesayangan ku. Cari punya cari, tak de yang saiz mini, konon nak celebrate berdua jer kan, no need to buy cake dalam saiz biasa tu. Bukanlah aku kedekut tapi aku rasa cam romantik jer dengan kek yang kecik n aku berdua je raikan.. pas cari kek aku cari bunga, aku nak hadiah kan armera 3 kuntum bungan ros, kononnya nak cakap yang I LOVE YOU.. tu pasal 3 kuntum bunga ros jer. macam terbalik lak kan? aku yg bagi bunga kat dier, tapi tak pelah...
ptg tu aku jelajah lagi kedai kek di kuala terengganu ni, last2 aku ke kedai kek sweden...thanks god, ada apa yg aku nak.senyum lah aku. dalam hati ni dah berangan-angan nanti aku nak dia tiup lilin tu, potong kek, suapkan untuk aku..hahahah khayal kan aku ni? tapi tu lah aku ni banyak terpengaruh kot dgn novel romantis dan cite2 romantik. tapi tak salah kan?
Ptg jumaat tu aku drive ke Kemaman, hati dah berbunga riang, rindu tak jumpa armera. rasa cam dekat pulak Kemaman. Sampai kat sana aku amik dia, and kat dalam kete tu aku cakap lah aku belikan kek, then dia cakap susah2 je.lepas tu aku dan dia gi makan . dari mula jumpa sampai dah nak balik aku tanya dia,bila nak potong kek? dia cakap suruh aku bawak balik umah je. kecik hati aku ..sedih terasa. Dia tak buka pun kotak kek tu pada mulanya, lepas dia tgk aku cam merajuk ( aku nak nangis sebenarnya waktu tu) dia amik kotak kek tu. Lepas tu boleh dia tanya, nak dia potong ke kek tu??? Nasiblah badan...dia memang tak romantik!! isk!! isk!!Walhal aku dah cakap sebelum ni bahawa aku nak merasai perasaan seorang perempuan yang meraikan hari lahir org yg disayangnya. tapi tak pe lah dah dia memang tak romantik kan..so. sabo jelah..bunga tu dia simpan, mungkin dia dah tahu aku terasa hati barangkali.
Lagi satu yangmembuat aku tambah sedih, aku kira dia akan ekori kete aku time balik tu, maklum saje first time aku ke KSB tu, dah lah gelap jalan tu, dalam 8 km gak aku rasa jauhnya nak kuar ke jalan besar. Bila aku col dia, dia kata dia ikut jalan lain. Pedihnya aku rasa..Sampai airmata aku tak berhenti mengalir, sedih sangat rasanya. rasa terpukul sangat. kek tu aku tak bawak balik pun, aku rasa dah tak bermakna pun, lantas dengan fikiran singkat, aku campakkan kek tu ke luar...biarlah dia menjadi rezeki semut dan burung.
Nak buat camane, impian aku tak sampai....semua rancangan punah. apa boleh buat. dah nasib aku....sob! sob! sob! kalau aku kenang2 lagi malam tu memang aku menangis lagi.
Walau apa pun terima kasih Armera kerana belanja aku makan malam tu...aku anggap saje itu adalah hadiah hari lahir ku yang sudah tertunda hampir 7 bulan lamanya..... semoga Panjang Umur Dan Murah Rezeki Mu....amin.