Sejambak Bunga Dalam Karangan,
Buat Hiasan Kamar Si Dara,
Walau Kini Kita Berjauhan,
Hatiku Tetap Rindukan kanda.
Burung Nuri Terbang Tinggi,
Burung Merpati Makan Di tangan,
Kasih Dinda Sematkan Di Hati,
Hingga Nyawa bercerai Dari Badan.
Sudah Ku Tunggu Bulan Tak tiba,
Mungkin Sembunyi Di Balik Awan,
Menanggung Rindu Hati Ku Hiba,
Hendak Ku Luah Tiada Berteman.
Bukan Wang Jadi Taruhan,
Bukan Emas Mengabur Pandangan,
Sebenarnya Kasih Ku Pada Mu Tuan,
Tiada Ternilai, Tiada Ukuran.
Kolek Berkolek Di Dada Laut,
Nelayan Bertarung Mencari Rezeki,
Bukan Kasih Hanya Di Mulut,
Sudah Ku Simpul Bertaut Di Hati.
Bertemu Kita Di Jinjang Pelamin,
Dua Jiwa Menjadi Satu,
Janji Mu Telah Mencipta Angan,
Bila Ku Kenang Terasa Sayu.
Kasih Ku Pada Mu Telah Ku Nyatakan,
2 Tahun Telah Ku Sabar Menanti,
Andai Kasih Tidak Diberkati Tuhan,
Ku Bawa Ia Hingga Ke Mati.
Andai Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Hamba Menumpang Mandi,
Andai Ada Jodoh Yang Panjang,
Boleh Kita Sehidup Semati.
Salam Sayang Sewangi Jambangan.
Salam Rindu Di Angin Lalu,
Andai Ada Ihsan Mu Tuan,
Hubungilah Dinda Tetap Menunggu.
Nukilan --- Qaseh Armera---
Monday, September 15, 2008
Masihkah Kau Ingat Armera???
masihkan kau ingat, satu ketika dulu kau telah mengirimkan aku ini melalui email...walaupun ejaannye ada yang salah, tapi tapi tak mengapa, kandungannya tetap aku faham. Sikit pun aku tak ubah....
Setelah semua yang berlaku diantara kita, aku masih ada..sepertimana yang kau harapkan dulu.." la ada sokmo kan?" Itu tanya kau dulu....tapi kini, mengapa aku yang diaktakan merayu? mengapa aku yg dikatakan menganggu? mengapa bila aku lakukan kesilapan dan kau tak mahu memaafkannya? Sedang aku menerima apa sahaja yg terbit dari bibir mu itu bang?...kenapalah ini yg berlaku..
AsailaimulaikumAzffadyla,
Abang pilu sekali kata kata la tentang sayang la pada abang,macamnikah sayang la pada abg ,kata sayang tapi masih aktifkan bendabenda tu semua .baru ni abg dah gembira kerana gambar la tak kelihatan lagi di bendatu abg rasa la macam menghormati abg, datang2 hari ini gambar lamuncul kembali dengan wajah lain yang la pernah bagi abg dan yangpaling abg suka sekali. Tapi apakan daye ye itu mungkin kesukaan ladan abg tak boleh nak menghalangnye kerna itu hak individu (you can do as you want)tak tahu lah abg ,macam mana la ucap sayang pada abg.Buat masa sekarang ni abg tak ndak apa apa penjelasan dari la . lapergi lah dengan dunia la tu yang boleh membahgia hati la.tapi buat abg, abg tetap sayang la ,seandainye hubungan kite hanya ditengah jalan dan tak sampai penghujungnye abg telah bahgia bersama laBiarpun hanya sedikit disudut hati la dan abg telah pun menumpangkasih la .AMIN

Ramadan Al-Mubarak
Ramadan datang lagi...aku awal2 lg dah tinggal pose, 6 hari... Bila tiba ramadan hatiku selalu sayu, mengenangkan arwah ayah yang telah tiada. Sudah 3 kali ramadan kami menyambut tanpa arwah ayah...sering teringatkan dia, malah mak, adik, kakak ipar, anak saudara telah mimpikan dia di bulan mulia ini, cuma aku tidak diberi kesempatan untuk bertemunya walaupun dalam mimpi....
AIdilfitri nanti tiada jua tangan tuanya untuk ku cium memohon ampun dan maaf, cuma bila aku terlalu rindu padanya pusaranya lah yang aku jejak, sedekahkan surah yassin dan alfatihah... berdoa pada yang maha kuasa moga rohnya dicucuri rahmat.. kalau aku tertekan dengan masalah jua, aku sering ke pusaranya ku luahkan segala tekanan yang ku hadapi..
Ramadan kali ini, aku jua berharap armera akan memberikan aku hadiah untuk menyambut aidilfitri, bukanlah aku terlalu meminta, aku ingin dia memberikan sesuatu yg ikhlas untuk aku kenang, tak kiralah mahal atau murah ianya amat berharga pada aku kerna ianya datang dari armera.... tapi mungkin harapan hanyalah tinggal harapan...tahun ni aku belikan dia baju kemeja, warna biru gelap, sama dengan baju raya ku, sutera biru...walaupun kami tak pernah beraya bersama tapi aku tetap ingin memberikan dia sesuatu..tanda ingatan ku buat orang yang aku sayang di syawal nanti, untuk aku...biarlah, aku tidak mengharap balasan, tapi yang ku inginkan adalah ingatan.....
Aku juga teringin untuk mengucup kedua belah tanganmu di hari raya nanti, memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap ku..tapi ku tahu aku tak mungkin akan pernah dapat mengucup kedua belah tanganmu di hening pagi aidilfitri, kerana didalam hati mu tiada pernah terfikir untuk menjadikan aku suri mu hingga ke akhri hayat...aku pasrah dan padaNya aku bermohon, semoga hati ini tetap menyintai mu, dari hayat ku amsih dikandung badan hinggalah akhir nyawa dijemput Tuhan...

Subscribe to:
Posts (Atom)