Huh!!! sesekali mengeluh rasa selesa jugak, mcm hempaskan beban di bahu. huhuhu
Starting from January 2009, sibuk betul..kerja lagi, jual tudung lagi, kakak ipar nak bersalin lagi..huhuhu mcm2 ada. tapi seronok jugak, jual tudung dapat duit, tapi tka tahu mana pergi duit tu, al-maklum aje pemboros. Kakak ipar masuk ward lagi nak berslain 3-4 hari jugak aku berulang alik ke hospital tak kira petang atau malam, last2 dapat baby boy, hilang semua penat, comelnya anak buah baru ni, putih..kata ayah dia mcm dia ( tak tahu lah mcmana putihnye tu, walhal org gelarkan dia ma-black huhuhu, perasan!!!)
Awal tahun ni jugak dapat khabar gembira, hati kakak aku yang sekian lama "sepi" ( i guess!!!) telah disunting. Akan dapat abang ipar baru tahun ni, InsyaAllah. Kami sekeluarga menyambut khabar tu dengan rasa gembira sekali, even aku sendiri dah berkira2 mana nak kompang, mana nak cat bilik baru, semalam pun aku beriya pergi tgk2 set bilik tidur. Tak tahu apa nak di hadiahkan sebab dia semuanya dah ada. Masanya dah hampir tiba..inilah dikatakan jodoh pertemuan, hanya Allah yang tahu bila? di mana? dan siapa?...
Aku ada beritahu Armera berkenaan hal ni, aku ada tanya dia, kakak dah nak kawin, aku bila lagi? Dia cakap, macamana aku nak kawin, sebab aku masih menunggu kata putus seorang lelaki ( dialah)? Hmmm..sayu rasa hati, pilu rasa dalam dada..aku dan dia tiada harapan yang pasti. Cuma aku aku masih berharap dan aku rasakan aku akan tetap berharap.....
Bukan tiada yang ingin mencuba, tapi aku tak dapat membohongi hati aku sendiri, dan aku menolak...
Ithnin.... seorg yang aku kenali dari alam siber. Katanya duda anak sorang.Wallahuallam. Dia cakap nak kawin, kalau aku setuju terus nak kawin dan tak nak bercinta lama2, bercinta lepas kawin katanya. huh!!! lelaki , macam2 tak kenal batang hidung pun ajak kawin. Bila kau menolak dan beritahu aku mencintai Armera, dia mula mengutuk aku dengan kata2 yg amat pedih sekali. Katanya aku tak de agama ker? kemaruk cinta laki org? aku sedih dan menangis. Dia tak rasakan apa yang aku rasa.
Aku sendiri tak mahu terjebak dalam kancah percintaan dengan suami org. Kalau boleh lelaki aku hanya milik aku. Tapi apa daya aku, Armera datang dengan status duda, anak 2. keraguan aku di kikis dengan tindak tanduk yang membenarkan aku mempercayai dia adalah duda. Dan akhirnya aku membenarkan diri aku mempercayai yang dia berstatus demikian. Setiap hari menyulam kasih dan rindu akhirnya dia merohohkan harapan yang aku bina. Waktu itu aku tidak lagi berdaya untuk berdepan dengan satu lagi kekecewaan selepas setahun aku dalam kekecewaan...aku merayu, jangan ditinggalkan aku..dan hingga kini, aku terbeban denga rasa rindu yang menggunung..aku tak berdaya, jika kau di tempat aku ithnin, kau jua akan rasa apa yang aku rasa. Jgn menuduh aku begitu kerana aku sedih sekali, jangan anggap aku sebegitu hina kerana aku bukan begitu....
Setiap kali sms atau berbual, ithnin selalu panggil aku dengan panggilan sayang. Aku tak rasa apa2 dengan panggilan tu oleh ithnin. Tiada rasa berdebar dalam dada dan tiada juga rasa halus mencucuk dada sepertimana setiap kali aku merasa rindu pada Armera...Betapa aku begitu ingin panggilan tu keluar dari bibir Armera..tetapi setakat aku menjalinkan hubungan dengan dia, hanya sekali dia memanggil aku dengan panggilan "yang". Di suatu senja di pantai teluk ketapang...sedap sekali mendengarnya kerana dari bibir dia. Indah sekali perasaan aku tika itu...duhai angin, bawalah bayu mu menyapa wajah armera, biarlah dia jua merasakan rindu yang bersarang di dada.
kalaulah boleh kuputarkan waktu.....
Cikgu zaidi.... seorang duda, aku mengenali dia di kedai makan mak aku. Dulu dia sakit dan ditinggalkan isteri ekoran dari keadaan dia pada waktu itu. Kini isteri dia ingin kembali pada dia, tapi dia tidak mahu menrimanya kerana terlalu berkceil hati dengan isterinya.
Melalui adik kawan aku dia merisik khabar, bertanyakan no handphone aku. Dia ingin berkawan dan rasa aku keinginan dia menjurus kepada perkahwinan. Aku bukan tak suka bila ada org nak kawan dengan aku, tapi telah aku berikan hati ini pada Armera. Aku tahu, batin aku akan merana, menunggu Armera..tetapi aku tak berdaya. Meningglkan dia seperti separuh dari kegembiraan aku hilang.
Dia ada beritahu adik kawan aku, dia cakap aku tak suka dia, bercakap pun jeling2 jer kat dier. Tak....aku bukan macam tu, cuma aku gugup kerana aku tak mengenali dia dan tiba2 je dia muncul di depan aku dan berbual dengan aku.
maafkan aku, cikgu zaidi....aku menolak kamu bukan bererti aku tidak suka, cuma tiada cinta di hati. Semoga kamu akan ketemui wanita lain yang akan menjadi teman mu di saat susah dan senang. Walau aku tahu aku boleh menjadi sebegitu, tetapi bukan dengan kamu....
hidup bagai pusingan roda, kadang di atas kadang di bawah, dalam hidup juga ada suka ada duka, tak kan langit itu selalu mendung!!! Aku jua menanti sinar bahagia, moga satu hari sinar itu tidak lagi berselindung kabus...sayang armera
Armera...12.54pm 18/1/2009
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
