Bagaimana harus aku luahkan keperitan yang aku rasakan kini.
Aku berfikir..berfikirkan tentang dia yang selalu ada di hati ini, dia yg selalu ku sebut namanya, kupanggil dia kala aku rindu. Dia yang terlalu istimewa dalam hidupku kini.
Armera,
27/10/2008 merupakan tarikh pemergian mu ke Melaka, demi mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak. Aku redha dengan pemergiannya ke sana demi masa depan dia an kebaikan dia. itu yang aku pohon selalu.
Tapi aku begitu bersedih, kerana aku tak dapat melihat dia lagi, jarak akan memisahkan kami...ku ingin menatap wajah dia lagi, dan aku telah meminta dia datang menemui aku...semata2 kerana aku ingin melihat dia, menyentuh pipinya.. dan akan aku nyatakan yang aku akan merindui dia..sentiasa mengingati dia. Aku berjanji akn menyimpan sedikit dari pendapatan aku untuk aku pergi ke sana ...menemui dia.
Aku terlalu memerlukan dia dalam hidup ini dan aku mampu berbuat apa sahaja untuk mendapatkan sedikit ruang dalam hatinya. Tapi dia tidak mahu mengerti , apa yang aku rasakan...apa yang kau lalui...aku hanya meminta dia ke sini..tapi alasannya keadaan baru tenang..ye keadaan rumahtangganya yang terganggu, kini mulai pulih...tetapi tidakkah dia berfikir setiap kemahuan itu pasti ada jalannya..dan aku akan menunggu dia datang ke sini sebelum 27hb nanti...kerana aku masih berharap melihat dia sebelum pergi...
Setiap hari aku akan menunggu, aku find dia dimana dia berada dengan harapan aku dapat melihat dia menghala kesini, setiap jam sehari aku mencari dia..tapi aku masih hampa.
Armera, aku ingin bertanya, apakah dengan menyempurnakan harapan aku yang sedikit ini begitu sukar? atau kau hanya mementingkan diri sendiri, hati isteri dan anak2 mu sahaja? dan hati aku? apakah tidak pernah terlintas dalam hati mu bang? yang aku ini turut menderita dengan semua yang berlaku hari ini? Aku cuma minta sedikit untuk berikan aku kebahgaiaan, bertemu mu seketika , sekali dalam sebulan dan selama 3 jam....aku tak punya kamu bang sepertimana isterimu memiliki abang, memandang mu setiap hari, menyediakan keperluan mu, menemanimu ketika tidur dan menyelimutimu kala abang kesejukan. Siapalah aku bang berbanding dengan isteri mu...tapi aku juga perlukan kamu bang....aku perlukan kamu pada mula saat kita bertemu, pada mula janji diberikan, pada mula harapan aku mula berputik...dan kini harapan ini tetap ada walaupun hati dan harapan aku telah abang lumatkan berkali2. Ia tetap utuh abang, tak pernah goyah walau sekalipun.
Abang cakap abang akan sentiasa pulang seminggu sekali, tapi kemana kau akan pulang bang, ke rumah mu, pulang kedalam dakapan isteri mu...dan aku tahu tu..cuma aku memohon untuk kau mengerti hati ini telah lama merinduimu. AKu tak kisah bila abang tidak mahu kerumah, ku terima seadanya...tapi bang, menemui ku sebelum kau eprgi ke sana amat aku harapkan. Cuma aku tahu tak guna aku merayu...namun aku tetap mengharapkan keajaiban akan berlaku..
Kelmarin, seharian aku menangis, semalam aku tetap menangis..apa lagi yang aku boleh buat..? aku ingin sekali melihat abang....aku ingat melihat abang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
WAHHHH!!!
ALA PON DAH ADA BLOGGG!!!
LUV U ALA...
Post a Comment