Monday, December 21, 2009

Menulis Lagi...

Lamanya tak menulis kat blog ni. Sibuk sangat dan tak berkesempatan nak "mengulor" dari kerja lah ni..kalau sempat mengulor mcm sekrg ni leh rrr saya menulis kat blog ni. Tapi tak de idea sangat lah pulak...
Disember datang lagi, hari ni dah 23hb dah, tak lama lagi tahun baru akan menjengah. Perjalanan di tahun baru tak tahu lagi bagaimana..apa yg dijanjikan oleh Allah taala pada aku esok pun aku tak tahu....rahsia!!!
8hb Disember lepas genaplah 3 tahun aku kenal armera. banyak yang aku lalui dalam tempoh ini, tak semuanya membahagiakan dan mengembirakan, tapi aku terima semua tu sebagai kehidupan aku, ada ertinya dalam hidup aku sendiri walau org lain merasakan aku tak betul , tindakan ku salah...
30hb Disember nanti genaplah usia aku 36 tahun...dan aku masih begini, belum mencapai apa2 pencapaian yang membanggakan dalam kehidupan aku.. Sehingga tahun ini aku belum merasai sambutan hari lahir oleh seorang yang aku anggap kekasih..tapi aku terima seadanya, kerana mungkin dia tak sama seperti aku, aku menerima dia, menerima buruk baiknya, dan inilah yang harus aku telan. Walau jauh di sudut hati ini aku ingin melaluinya sekali dalam tempoh kehidupan yang tak tahu ntah bila akan berakhir.
Aku teringin sekali dia menjadi seperti aku, tak sabar menanti hari lahirnya, mengumpul duit RM1/sehari dari awal januari hingga hari lahirnya, dengan duit tu aku belikan sesuatu untuk dier, sebagai hadiah tanda aku mengenang dier di hari kelahirannya. Walau hadiah yang aku belikan tak mahal, tetapi aku berusaha untuk berbuat sesuatu..yang pada aku , pasti akan mengembirakan dier. Bohonglah kalau kita tak merasa gembira bila dihadiahkan dengan sesuatu, samada mahal atau murah..Bukan mengharapkan balasan, cuma yang memberi sesekali ingin jua merasai kegembiraan orang yang menerima.
Inilah kehidupan ..Pahit dan manis kehidupan seseorang itu tidak sama...yang mengalami kepahitan ingin sekali merasai manisnya, dan yang selalu manis tak ingin merasai kepahitannya...kerana semua orang inginkan kemanisan.....

No comments: