Monday, December 21, 2009

Seloka #1

Kalau sudah memang tersurat,
di azali telah terkalung azimat,
usah dikesalkan pada yang tersurat,
pada mu tuan, hati ku terjerat.

Biduk berlalu, kiambang bertaut,
kapal belayar di tengah laut,
kasih dihulur, cintaku taut,
harap manisnya tidak hanya di mulut.

3 tahun peristiwa berlalu,
sat kita mula berkenalan,
sungguh tuan hatiku rindu,
harap kasih akan berkekalan.

Bibir menguntum senyuman manis,
dipandang orang terasa senang,
siapa tahu hatiku menangis,
pada mu tuan, asyik terkenang.

Kejora indah berkelip-kelipan,
laksana berlian cantik menawan,
sesekali pamitkanlah pesan,
agar terhibur hati yang rawan.

Indah hamparan tempat beradu,
semerbak bau kalungan cinta,
bagaimanakah cara nak ubat rindu,
jika tuan jauh di mata.

Cantik sungguh bulan purnama,
menyinari malam bagai di syurga,
memang ku impikan hidup bersama,
ku harapkan tuan, begitu juga.

Kerana Sultan terpaksa mengalah,
lepaskan Teja yang cintakan Tuah,
akan ku kejar tuan sehingga lelah,
seinci tidak aku mengalah.

Pucuk dicita ulam mendatang,
begitu madah orang-orang tua,
sudah banyak rintangan telah ku tentang,
mohon Allah satukan kita jua.

Nukilan : Qaseh Armera

No comments: