Wednesday, December 23, 2009

18/12/2009 Trip To Malacca With Cousins & Sister

Kitaorg bertolak dari Kajang jam 12 tengahari..masuk nilai jer, terus trafik sesak...sampailah tol nak masuk seremban, baru ok sikit..my cousin, anum yang drive saya tido jer..hehehehe...dari kajang ke bukit serindit amik masa 3 jam..letih we all..hehehe


Kami menginap di Motel Bukit Serindit, tak jauh dari Bandar Hilir. Kitaorg amik sebilik share 4 orang. Bertolak dari motel kami terus ke bandar hilir...mak oiii..jam giler!! kul 5 baru kami leh parking. Tu pun pakai redah jerk..tak pelah kete Plat TAS mesti org tahu ni org ganu mari ke melaka nih...mule2 kite org g ke Menara Taming Sari...masa turn kite tu, hujan dah turun..tu jelah satu2 tempat kitaorg boleh gi hari tu..hampeh betul...


Tengah tunggu hujan redha...rahman lak call kate dia leh kuar awal hari tu, so aku tinggalkan adik n sepupu2 ku tercinta dekat bandar hilir, then jumpa dia...hmmm berbaloilah jugak walaupun makan sorang2 (tempat kerja dia sediakan makanan untuk kerja lebih masa) hampeh lagi sekali. huhuh..besok nye balik ke kajang semula. Sepupu aku yang lelaki tu (adik mie) buat lawak yang membuatkan kami tak kering gusi all the way perjalanan di atas lebuhraya tu (kalau maka ada dia mesti marah ni). Adake patut kereta harrier di bantainya sebut "halia"...


mcm2lah lagi..anyway kalau ada masa @ cuti panjang nak jugak rasanya holiday whole family...






~ Me ~













~ My cousin - Anum ~







~ My Sister - Lyza ~
~ Cousin - Fahmie ~
































































Monday, December 21, 2009

Menulis Lagi...

Lamanya tak menulis kat blog ni. Sibuk sangat dan tak berkesempatan nak "mengulor" dari kerja lah ni..kalau sempat mengulor mcm sekrg ni leh rrr saya menulis kat blog ni. Tapi tak de idea sangat lah pulak...
Disember datang lagi, hari ni dah 23hb dah, tak lama lagi tahun baru akan menjengah. Perjalanan di tahun baru tak tahu lagi bagaimana..apa yg dijanjikan oleh Allah taala pada aku esok pun aku tak tahu....rahsia!!!
8hb Disember lepas genaplah 3 tahun aku kenal armera. banyak yang aku lalui dalam tempoh ini, tak semuanya membahagiakan dan mengembirakan, tapi aku terima semua tu sebagai kehidupan aku, ada ertinya dalam hidup aku sendiri walau org lain merasakan aku tak betul , tindakan ku salah...
30hb Disember nanti genaplah usia aku 36 tahun...dan aku masih begini, belum mencapai apa2 pencapaian yang membanggakan dalam kehidupan aku.. Sehingga tahun ini aku belum merasai sambutan hari lahir oleh seorang yang aku anggap kekasih..tapi aku terima seadanya, kerana mungkin dia tak sama seperti aku, aku menerima dia, menerima buruk baiknya, dan inilah yang harus aku telan. Walau jauh di sudut hati ini aku ingin melaluinya sekali dalam tempoh kehidupan yang tak tahu ntah bila akan berakhir.
Aku teringin sekali dia menjadi seperti aku, tak sabar menanti hari lahirnya, mengumpul duit RM1/sehari dari awal januari hingga hari lahirnya, dengan duit tu aku belikan sesuatu untuk dier, sebagai hadiah tanda aku mengenang dier di hari kelahirannya. Walau hadiah yang aku belikan tak mahal, tetapi aku berusaha untuk berbuat sesuatu..yang pada aku , pasti akan mengembirakan dier. Bohonglah kalau kita tak merasa gembira bila dihadiahkan dengan sesuatu, samada mahal atau murah..Bukan mengharapkan balasan, cuma yang memberi sesekali ingin jua merasai kegembiraan orang yang menerima.
Inilah kehidupan ..Pahit dan manis kehidupan seseorang itu tidak sama...yang mengalami kepahitan ingin sekali merasai manisnya, dan yang selalu manis tak ingin merasai kepahitannya...kerana semua orang inginkan kemanisan.....

Seloka #1

Kalau sudah memang tersurat,
di azali telah terkalung azimat,
usah dikesalkan pada yang tersurat,
pada mu tuan, hati ku terjerat.

Biduk berlalu, kiambang bertaut,
kapal belayar di tengah laut,
kasih dihulur, cintaku taut,
harap manisnya tidak hanya di mulut.

3 tahun peristiwa berlalu,
sat kita mula berkenalan,
sungguh tuan hatiku rindu,
harap kasih akan berkekalan.

Bibir menguntum senyuman manis,
dipandang orang terasa senang,
siapa tahu hatiku menangis,
pada mu tuan, asyik terkenang.

Kejora indah berkelip-kelipan,
laksana berlian cantik menawan,
sesekali pamitkanlah pesan,
agar terhibur hati yang rawan.

Indah hamparan tempat beradu,
semerbak bau kalungan cinta,
bagaimanakah cara nak ubat rindu,
jika tuan jauh di mata.

Cantik sungguh bulan purnama,
menyinari malam bagai di syurga,
memang ku impikan hidup bersama,
ku harapkan tuan, begitu juga.

Kerana Sultan terpaksa mengalah,
lepaskan Teja yang cintakan Tuah,
akan ku kejar tuan sehingga lelah,
seinci tidak aku mengalah.

Pucuk dicita ulam mendatang,
begitu madah orang-orang tua,
sudah banyak rintangan telah ku tentang,
mohon Allah satukan kita jua.

Nukilan : Qaseh Armera

Seloka #2

Sungai Mengalir, Di laut Bertemu,
Dilanda Badai Mulai Gelora,
Sudah Tersurat Kita Bertemu,
Menerbit Kasih Cinta Membara.

Duduk Bersimpuh Menjahit Kain,
Dara Memakai Baju Yang Merah,
kenapa Dulu Berjanji lain,
Diungkit Kini Kanda Nak Marah.

Mentari Tersenyum, Sinarnya Melimpah,
Ramai Orang Menyidai Kain,
Di Dalam hatiku Telah Bersumpah,
Hanya Diri Mu, Tiada Yang Lain.

Pada Dinda, kasih Tak Kenal Rupa,
Harta Pun Tidak, Pangkat Pun Bukan,
Memang Dinda Tak Cantik Paras Rupa,
Apa Nak Buat, Allah Yang Tentukan.

Kasihan Sungguh Pungguk Merayu,
Suara Gemersik Mendayu-Dayu,
Ku Kirim Salam Pada Sang Bayu,
Agar Ingatan Mu Tak Pudar Layu.

Inang Menari Berlenggang-Lenggok,
Indah Berseri Seni Berzaman,
Kalau Tuan Sudi Datanglah Menjengok,
Hatiku Sunyi Hendakkan Teman.

Pilu Sungguh Hati Dang Anum,
Bila Kasih Suami Berpaling Tadah,
Cintaku Pupuk Kian Ranum,
Walau Banyak Halangan Tetap Ku Tabah.

Selendang Ungu Pemberian kanda,
Bila Berjalan Dipakai Selalu,
Namamu Terukir Di Dalam Dada,
Bila Rindu, Ku Seru Selalu...