Hmmm... beberapa hari ni ( dari minggu lepas ) tak tahu kenapa, setiap kali berbual dengan armera di hp, aku selalu aje kecil hati. Aku berharapkan dia akan bercakap hal-hal yang manis2, yang boleh buat aku ketawa. Setiap pagi aku inginkan semangat dari dier, dan aku akan dapat teruskan hari-hari aku dengan penuh semangat dan rasa riang. Tapi selalunya dia akan membuat aku patah hati :-( . Tapi degilnya aku aku tetap bersabar... Armera suka mengusik aku, buat aku sakit hati. Kadang-kadang aku tak tahu mana satu yang benar dan mana satu yang dier main2. Semuanya kerana dia.....
Semalam dia berjanji dengan aku, bulan puasa nanti aku dan dier akan buka puasa sama di Cherating. Aku harap dia tak akan main-main kali ni, kerna aku juga manusia biasa, aku jugak tak mahu orang mempersendakan perasaan aku. Aku harap Armera tidak akan main2, kerana ia akan melukakan hati aku lagi. Tak mahu aku menangis kerna merasai aku dipermainkan. Setiap pertemuan diantara aku dan dier, amat bermakna...setiap kali pertemuan aku berharap yang ianya berjalan dengan baik...gembira. Kerna aku seorang yang mudah ketawa, lucu...tapi kalau terluka dengan armera aku jadi tak keruan, aku jadi hilang pertimbangan, aku akan menangis...menangis...menangis.... itu saje yang aku tahu.
Armera, kenapa ye Allah temukan aku dengan mu? Dan kenapa ye kau bohongi aku dari mula lagi? Kalaulah kau tidak berbohong dulu, semuanya tak akan jadi begini. Aku akan terima kau sebagai seorg kawan biasa. Semuanya sudah terlambat kini, aku begitu memerlukan mu.... tiada yang lain di hati ku, dan tak mungkin akan aku cari org lain untuk menghilangkan rasa cinta ku pada mu. Tak mungkin...kerana aku rasakan kau milikku....dan Allah menemukan aku dan kau kerana SATU RAHSIA....Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Wallahualam
Nama Tempat Bukit Payong
Tempat Lahir Buah Hati
Saatu Hari Kita Berpayong
dua Jiwa Satu Hati
Tunggu di pelamin....janjimu Armera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment