Tuesday, August 5, 2008

Suara Hati Seorang Aku







Aku anak laut,
Yang Jiwanya tak pernah mati,
Walau jiwanya semakin sunyi,
Yang mengharap pelangi kekal berseri,
Yang mengejar kaki langit yang tak bertepi.

Aku anak laut,
Yang mungkin hanya bermimpi,
Untuk hidup tenang seperti ku impi,
Yang sering memohon gelombang agar berhenti,
Kerana aku ingin lagi berlari,
Mengejar diri mu yang semakin akrab di hati.

No comments: