Armera,
Maafkan aku kerana peristiwa kelmarin ( 16/8/08 ). Sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran aku akan bertindak sebegitu, tapi aku sudah tiada jalan lain, aku perlu berdepan dengan mu armera.
kelmarin, aku telah nekad walau apapun terjadi biar aku mati dari hidup menanggung siksa jiwa, merana.. Aku tahu apa yang kau hadapi ketika ini, masalah keluargamu pasti membebankan, tetapi itu bukan bermakna kau perlu menyakiti aku. Aku tak mahu ditinggalkan armera, aku tahu betapa sakitnya jiwa ini menanggungnya dulu, dan aku tak mahu kau memberikan aku kesakitan ini lagi. Aku tak berdaya armera... Walaupun aku tahu ikatan perkahwinan di antara aku dan kau tidak pernah terlintas di fikiranmu. tapi aku yakin pada kekuasan Allah dan jangan kau nafikannya...
pinta ku, bukakanlah hati mu untuk aku, selagi kau menepis perasaan mu, kau tak akan menemui jawapan sebenar perasaan kau pada ku..aku bukan berniat memiliki mu sepenuhnya armera, aku tahu kau milik orang, aku hanya ingan menumpang teduh mu armera, dan aku tak ingin kau memainkan perasaan perempuan lain lagi. masihkah kau ingat pada pepatah ini, " tangan yang menghayun buaian mampu mengegarkan dunia?' Begitulah perempuan, akan berbuat apa sahaja bila dia disakiti.
Aku ingin menyayangi mu armera dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kelembutan. tetapi kau telah memaksa aku menjadi begini... aku tak pernah terfikir untuk memandu selaju itu dan menghadang keretamu...tapi aku telah lakukan kerana aku takut kau tidak akan berdepan denganku pada hari itu.
armera, tiada lain yang aku inginkan, hanyalah kehidupan bersama mu....menanggung segala apa yang kau tanggung!!!! armera.... aku perlukan kamu dan aku akan rebah tanpa mu. kekuatan aku hanyalah dengan keesaaan allah s.w.t. ku tetap percaya Dia akan membantu aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment